Wednesday, April 15, 2009

'FAST FURIOUS'...MELODRAMA


PENGARAH : Justin Lin
PELAKON : Vin Diesel, Paul Walker dan Michelle Rodriguez.

Tanggapan awal dah tentu filem 'Fast Furious' (FF) bakal tersenarai antara top 5 filem pilihan aku sepanjang 2009. Kenapa aku ckp camtu? Sbb aku harapkan filem ini tentunya tampil dengan idea yang lebih segar selain perlumbaan kereta dan aksi drift berterusan dipertontonkan sepanjang tayangan. Namun ternyata sangkaan awal jauh meleset sama sekali. Filem ini dirasakan lbh byk tekankan tentang karakter berbanding sentuhan dunia automotif. Malah ada ketikanya terasa seperti sedang menonton beberapa filem yang mana jalan cerita bergerak sekitar era 70-an.

Justeru, tidak banyak bezanya plot cerita FF 4 dengan idea filem FF terdahulu. Filem ini juga boleh dikategorikan bersifat melodrama. Sekalipun begitu, masih terdapat realistiknya seperti yang terdapat pada babak perlumbaan antara Dom dengan Brian. Menariknya juga tentang filem ini apabila kereta yang terdapat di dalam filem ini hampir keseluruhannya tampak klasik tetapi diubahsuai dengan lenjangan kuasa tinggi.

No comments: