Thursday, July 2, 2009

ALHAMDULILLAH...


Adakalanya ujian-NYA itu tidak dapat diramal. Dan tidak terucap dengan kata-kata.
Malah pernah tiba masanya kita diuji dengan ujian yang terasa amat pahit untuk
ditelan.
Natijahnya, dalam kepayahan hidup itu sebenarnya ada hikmahnya. Kita kadangkala
lebih senang menyesali dari cuba menyedari tentang nikmat setiap dugaan. Walhal
kebuntuan itu membawa kita ke satu jalan yang lain untuk mencari tetapan hidup.
Disebalik kepayahan hidup, pasti ada penyelesaiaannya. Walau aku pernah atau
adakalanya berada diantara mereka melalui sesal sesaat. Namun cepat aku tersedar
dan bersyukur kepada-NYA. Kerana DIA..., aku belajar tentang erti hidup yang penuh
warna warni ini. Lantas yang terucap, Alhamdulillah di atas segala-gala-NYA....